DALAM SEDAR TAK SEDAR
assalamualaikum
mungkin entri kali ini bakal MENYENTUH hati sesetengah pihak
.
.
.
kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita menyakitkan hati orang. kadang-kadang kita tak perasan percakapan kita mengguris hati & perasaan orang. dan kadang-kadang kita tahu, tapi sengaja kita biarkan kerana Terbiasa, Memang dari kecil berperangai seperti itu. walhal tidak pernah terfikirkah, kau dikurnia akal?
akal umur 14 tahun samakah dengan akal umur 21 tahun?
kita rasa orang suka dan rapat dengan kita, padahal mereka tidak
kita mengata orang, bercerita tentang orang. sedarkah diri kita sendiri sering menjadi bualan orang?
kita rasa kita dah cukup berpura-pura demi menjaga reputasi diri,
tapi sebenarnya orang lain lebih berpura-pura bagi menjayakan lakonan kita
kita rasa kita memiliki kuasa, berjaya menarik perhatian orang dengan jayanya.
namun sedarkah kita orang membina kuasa lain,
selebih darinya yang sebenarnya tidak senang dengan sikap dan perangai kita
"ah, biarlah orang mengata aku pun. aku tak kisah, lama-lama penatlah dorang tu nanti dan aku takde rugi apa pun. alih2, cari aku jugak nanti, mintak tolong aku jugak nanti" -katakau
sedarlah, sikap yang buruk akan memakan diri. tidak dibalas hari ini, esok lusa belum pasti.
ubahlah sikap dan mentaliti
jauhi peribadi memetingkan diri sendiri
jangan menyalahkan orang lain. jangan overConfident. setiap sesuatu yang berlaku, cerminlah diri sendiri dahulu. puncanya, mungkin dari diri sendiri. dengan atau tanpa kita sedari
eqa tak faham dengan perangai sesetengah manusia/hamba Allah. segelintirnya seolah-olah tidak punya perasaan. berkata seperti mengata. kebiasaan ini akhirnya seakan menjadi budaya. apakah mereka-mereka ini tidak punyai HATI? bagaimana, dalam terjalinnya ukhuwah persahabatan, percintaan, mereka mempunyai sikap mementingkan diri sendiri?
tidak kasihankah terhadap orang lain? atau mereka sebenarnya tidak sedar? walhal, setiap ssesuatu yang kita lakukan, mulanya dengan NIAT. apabila kita berkata sesuatu, tentunya dengan NIAT. adakah kata busuk yang keluar dari mulut kita, niatnya pun sama? mustahil tidak, bukan?
di dalam keindahan beraneka bunga-bunga cantik, tidak semuanya memberi madu. terselit jua, bunga beracun. wapada
Waallahualam.